COVID-19: Pawagam GSC Ditutup Sementara Waktu

Pihak pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) telah mengambil keputusan untuk menutup operasi sementara waktu. Tindakan ini dibuat atas kebimbangan terhadap wabak COVID-19.

Penutupan operasi akan bermula dari 18 sehingga 31 Mac 2020. Tindakan ini dibuat selepas kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan pada tarikh tersebut.

Sumber: Facebook GSC

Pihak pawagam telah mengambil keputusan untuk memulangkan kembali wang kepada para pembeli tiket filem. Segala maklumat terkini tentang GSC boleh didapati melalui Facebook dan Twitter rasmi mereka.

COVID-19 telah menjadi krisis utama kepada negara kita. Sehingga semalam, seramai 553 orang awam telah dijangkiti wabak ini.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca