COVID-19: New Zealand Dijangka Akan Turunkan Tahap Amaran

Semalam Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, memaklumkan negara itu akan menurunkan tahap amaran COVID-19 kepada Tahap Tiga mulai 27 April ini.

Sebelum ini, tahap yang dikenakan ke atas negara itu adalah pada Tahap Empat.

Menerusi laporan, Tahap Tiga itu dikatakan akan dikuat kuasakan selama dua minggu. Penilaian lanjut akan dibuat untuk menentukan tahap seterusnya yang dijadualkan akan diumum pada 11 Mei.

Di bawah Tahap Tiga, kira-kira 400,000 rakyat negara itu akan kembali bekerja dengan sektor utama seperti pembinaan, pembuatan dan perhutanan kembali beroperasi.

Manakala untuk kanak-kanak yang boleh tinggal di rumah perlu terus berbuat demikian. Difahamkan, pusat pembelajaran awal dan sekolah hanya akan dibuka sehingga tahun ke 10 di sana iaitu pelajar yang berumur 13 atau 14 tahun.

Selain itu, taman dan pantai juga akan dibuka untuk membenarkan rakyat bersukan namun mereka masih dinasihati untuk sentiasa menjaga penjarakan sosial.

Di samping itu, pada Tahap Tiga ini juga ia membenarkan rakyat untuk berjumpa dengan ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain.

Untuk rekod, New Zealand hanya mencatatkan 1,440 kes positif dan 12 angka korban sahaja. New Zealand dilaporkan memulakan Perintah Berkurung bermula 23 Mac seperti yang diperintahkan oleh Perdana Menteri negara itu.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca