COVID-19: Negara Brazil Kini Semakin Kritikal

Hari demi hari kita mendengar berita tentang kes COVID-19, di negara Brazil kini menghadapi ancaman yang besar apabila kes di sana semakin kritikal.

Barisan kubur baharu terus bertambah di kawasan kuburan Caju di Rio de Janeiro selepas angka korban akibat COVID-19 semakin meningkat.

Negeri kedua Rio de Janeiro itu kini merekodkan angka korban tertinggi di Brazil dengan lebih 3,200 kes dan lebih 30,300 disahkan positif COVID-19.

Dilaporkan, Brazil sekarang berada di tangga ketiga negara paling terjejas di dunia selepas Amerika Syarikat dan Rusia.

Di samping itu, berdasarkan rekod Johns Hopkin University, Brazil mencatatkan 19,000 angka korban sejak negara itu dijangkiti.

Malah, hanya dalam tempoh dua hari sahaja hampir 2,000 disahkan maut akibat virus berkenaan.

Kini, 291,000 telah disahkan positif dan Kementerian Kesihatan sedang memantau 156,000 kes yang lain.

Rakyat dinasihati untuk terus mematuhi arahan kerajaan dalam menjaga penjarakan sosial dan kebersihan diri yang maksimum bagi mengelakkan kes baharu di negara ini semakin meningkat. Selain itu, elakkan diri daripada keluar tanpa sebab yang penting ketika Perintah Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedang berkuat kuasa.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca