“COVID-19 Mungkin Sudah Wujud Sejak September, Bukan Dari Wuhan.” – Saintis

Seorang saintis yang meneliti asal usul penyakit ini mengatakan wabak koronavirus (COVID-19) mungkin telah bermula pada pertengahan September tahun lalu dan bukan dari bandar Wuhan di China seperti mana yang diperkatakan.

Projek penyelidikan untuk memahami proses sejarah yang membawa kepada pandemik COVID-19 itu telah diketuai oleh ahli genetik, Peter Forster dari University of Cambridge di United Kingdom.

Mereka berharap dapat mengenal pasti orang pertama yang mendapat virus itu dan juga punca awal yang membawa kepada penyebaran penyakit.

Mereka telah membuat satu analisis rangkaian menggunakan lebih dari 1,000 genom koronavirus. Ini termasuk tarikh pesakit dijangkiti dan jenis virus yang dijangkiti oleh individu tersebut.

Terdapat tiga jenis iaitu A, B dan C. A adalah yang paling dekat dengan koronavirus iaitu terdapat pada kelawar dan dianggap genom virus manusia yang asli. Jenis ini terdapat pada individu Cina dan Amerika dengan versi mutasi pada pesakit dari Australia dan AS.

Bagaimanapun, A bukanlah jenis virus yang terdapat dalam kebanyakan kes di Wuhan iaitu di mana COVID-19 pertama kali dikenal pasti. Sebaliknya, kebanyakan pesakit di sana mempunyai virus jenis B.

Penyelidik mencadangkan wujud ‘satu asas’ untuk jenis B di Wuhan. Jenis C adalah ‘anak’ kepada B yang dikenal pasti dalam kes-kes awal di Eropah, Korea Selatan, Singapura dan Hong Kong, tetapi nampaknya ia tidak wujud di tanah besar China.

Berdasarkan data yang dikumpul oleh Forster dan rakan-rakannya, wabak COVID-19 nampaknya telah bermula antara 13 September dan 7 Disember.

Kata Forster, itu adalah andaian jika kadar mutasi berterusan yang diakui tidak mungkin menjadi kes. Oleh itu, anggaran waktu mungkin salah.

Wabak tersebut mungkin tidak berasal dari Wuhan kerana sehingga 17 Januari, hampir semua yang diasingkan adalah jenis B.

Di Guangdong, sebuah wilayah sekitar 500 batu dari Wuhan, tujuh daripada 11 yang dirawat adalah jenis A.

Forster dan rakannya menerbitkan penyelidikan ke rangkaian mereka di PNAS pada 8 April.

Kes COVID-19 yang pertama diketahui pada 17 November. Menurut laporan South China Morning Post, data kerajaan menunjukkan seorang lelaki berusia 55 tahun dari wilayah Hubei yang merupakan ibu kota Wuhan adalah kes pertama yang dikenal pasti COVID-19.

Virus tersebut dikatakan telah dipindahkan dari seekor binatang iaitu berkemungkinan kelawar kepada manusia yang tidak diketahui bila dan di mana kejadian itu berlaku.

Pada Disember, sekumpulan kes kluster pertama dikaitkan dengan makanan laut di Wuhan menyebabkan wujud pendapat bahawa di sinilah virus itu pertama kali muncul.

Satu kajian yang diterbitkan di Lancet menunjukkan beberapa orang pertama yang dijangkiti virus itu tidak mempunyai hubungan langsung dengan pasar berkenaan.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca