COVID-19: Meragut Lebih 20,000 Nyawa, 3 Bilion Penduduk Dunia Berkurung

Kira-kira lebih tiga bilion penduduk di seluruh dunia menjalani kehidupan berkurung di dalam rumah. Kebanyakan negara di seluruh dunia bergelut meningkatkan usaha memerangi pandemik COVID-19 yang kini sudah pun meragut lebih 20,000 nyawa.

Setakat ini, berdasarkan satu penjumlahan oleh AFP, lebih 20,800 kematian telah dilaporkan di 182 negara dan wilayah.

Sejurus bilangan jangkitan disahkan melepasi 450,000 kes, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Antonio Guterres menyatakan bahawa hanya usaha bersepadu global mampu menghapuskan penularan virus berkenaan.

Guterres menegaskan bahawa seluruh dunia perlu bekerjasama untuk membendung pandemik yang semakin merisaukan itu.

“COVID-19 sedang mengancam seluruh manusia dan seluruh dunia mesti melawannya semula.

“Tindakan dan solidariti global adalah sangat penting. Tindak balas negara secara sendirian tidak akan mencukupi,” katanya.

Sepanyol telah mencatatkan angka korban melepasi jumlah kematian di China. Penularan ini tercetus kira-kira tiga bulan lalu sekali gus menjadikan ia negara paling terkesan selepas Itali.

Jumlah kematian di Sepanyol kini mencecah lebih 3,400 selepas 738 lagi mangsa meninggal dunia akibat virus itu dalam tempoh 24 jam lalu.

Dalam pada itu, Itali mencatatkan 683 kematian baharu dan menjadikan jumlahnya 7,503 mangsa. Ini merupakan jumlah kematian tertinggi berbanding negara lain, setakat ini.

India mengarahkan supaya 1.3 bilion rakyatnya menjalani perintah berkurung ini merupakan angka terbesar yang menjalani perintah berkurung sekali gus menjadikan jumlah penduduk berdepan sekatan dalam kehidupan harian kini mencecah lebih tiga bilion di seluruh dunia. 

Di Malaysia, seluruh rakyat sedang mempraktikkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020. Diharapkan segala usaha ini dapat membendung penularan COVID-19 dengan segera.

Untuk baca artikel lain berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca