COVID-19: Malaysia Tidak Terkecuali Daripada Gelombang Ketiga

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata bahawa Malaysia tidak terkecuali daripada gelombang ketiga COVID-19, sekiranya prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi serta langkah pencegahan tidak diambil sewajarnya.

Menurutnya, tindakan pencegahan adalah yang paling penting sebelum kes meningkat secara mendadak.

Dr. Noor Hisham juga turut berkata bahawa kluster baharu COVID-19 diibaratkan sebagai bara api dan kegagalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) adalah bahan api yang boleh mencetuskan gelombang ketiga pandemik itu.

“Kluster baharu sebagai bara yang sedang membakar manakala kegagalan pematuhan SOP sebagai bahan api. Kemungkinan negara dilanda gelombang ketiga tetap ada kalau tak patuh SOP. Kalau bara dan berjumpa dengan bahan api akan merebak satu pembakaran yang besar.

“Kita lihat ada pertambahan 120 kes dan juga kluster yang baru. Contohnya kalau kita ada 2,000, 3,000 sehari hospital akan sesak, kita tak mampu kawal pesakit kerana kawalan bertumpu kepada hospital sahaja.

“Tetapi sekarang ini pada peringkat awal kalau kita boleh mengawal bara tersebut dan juga elakkan bahan api itu dekat dengan bara, kalau kita boleh amalkan SOP iaitu pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter, kedua-duanya terbukti memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 60 hingga 65 peratus,” katanya dalam sidang media semalam.

Oleh itu, KKM menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk mengamalkan SOP yang telah ditetapkan dan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, pihaknya membenarkan rakyat untuk kembali kepada kehidupan seharian dengan pematuhan SOP berkenaan.

“Kalau tidak patuh SOP, tak mustahil kita mendapatkan gelombang ketiga kes mendadak. Kalau R NAUGHT (kadar kebolehjangkitan) meningkat lebih 1.6, kemungkinan besar kita akan dapat peningkatan kes secara mendadak, iaitu gelombang ketiga. Itu yang kita bimbangkan,” katanya.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel berkenaan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca