Malaysia hari ini telah mencatatkan satu lagi kematian akibat wabak COVID-19 sebentar tadi.
Perkembangan terbaru ini dimaklumkan sendiri oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman Twitter sebentar tadi.
KKM dalam satu ciapan di laman Twitter menyatakan, mangsa terbaru yang maut akibat wabak COVID-19 berusia 70 tahun.
Dukacita dimaklumkan terdapat satu lagi kematian akibat #COVIDー19 menjadikan 11, setakat ini.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 23, 2020
Kes kematian kesebelas ini (kes ke-1070) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 70 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 23, 2020
Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada bulan Februari 2020.
Menurut KKM, mangsa ke-11 itu merupakan kes ke-1070 dan mempunyai latar belakang penyakit kronik.

KKM juga turut memaklumkan bahawa pesakit juga mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada Februari lalu dan telah menunjukkan simptom virus ini seminggu sebelum dimasukkan ke dalam Hospital Canselor Tengku Muhriz UKM pada 18 Mac lepas.
Mangsa kemudiannya telah disahkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Bagaimanapun kesihatannya mulai merosot dan telah disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020 jam 9.05 malam tadi.
Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan penularan wabak COVID-19, sila klik pada pautan di bawah: