COVID-19: ‘Lockdown’ Di 10 Bandar Itali

Sekurang-kurangnya 10 bandar dekat utara Itali dilaporkan telah dikenakan perintah sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown) susulan dua kes kematian akibat Koronavirus baharu (COVID-19) berlaku di negara itu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri Giuseppe Conte, penduduk tidak dibenarkan keluar dari bandar yang terlibat. Malah, sekolah dan premis perniagaan juga diarahkan tutup bagi mengekang penularan wabak berkenaan.

Itali kini menjadi negara Eropah pertama dengan kes kematian akibat wabak berbahaya berkenaan.

Setakat ini, terdapat 79 kes COVID-19 dilaporkan di negara terbabit.

Dalam pada itu, wabak Koronavirus baharu (COVID-19) yang bermula di China pada akhir tahun lalu dilaporkan sudah meragut lebih 2,400 nyawa dan merebak ke seluruh dunia.

Sebanyak 26 kematian telah dilaporkan berlaku di luar negara republik berkenaan dengan lebih 1,500 individu telah dijangkiti. Kes kini lebih tertumpu kepada Korea Selatan dan kapal persiaran Diamond Princess yang dikuarantin di Jepun.

Sehingga Ahad, kira-kira 77,000 individu disahkan sudah dijangkiti COVID-19 dan 2,442 yang lain maut. Majoriti kes dilaporkan berlaku di sekitar Wuhan yakni di Wilayah Hubei, China.

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak Koronavirus baharu (COVID-19), sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca