COVID-19: Laungan Azan Ditukar “Solatlah Kalian Di Rumah” Menyentuh Hati Orang Ramai

Susulan penyebaran wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan sehingga diisytiharkan sebagai pandemik, pihak berkuasa Kuwait telah mengeluarkan arahan menutup sementara masjid di negara itu dan menyeru rakyatnya menunaikan solat di kediaman masing-masing.

Menurut media antarabangsa Middle East Eye, laungan azan yang berkumandang di negara itu telah diubah kepada perkataan “solatlah kamu di rumah” berbanding seruan asal iaitu “mari kita solat”.

Pengumuman itu dibuat pada Jumaat yang lalu oleh Kementerian Hal Ehwal Awqaf dan Islam Kuwait selain beberapa video laungan azan yang mengarahkan umat Islam untuk menunaikan solat di rumah telah tular di media sosial.

Kedengaran suara bilal membuat perubahan pada lafaz azan kepada shollu fi rihaalikum (solat lah kalian di rumah).

Hal ini membuatkan warganet tersentuh hati kerana kedengaran seolah-olah suara bilal berkenaan bergetar ketika melaungkan azan.

Sumber: Fulan

Ini antara reaksi daripada warganet yang rata-rata terkesan mendengar laungan azan tersebut:

Apa-apapun semoga kita semua terlindung daripada dijangkiti wabak ini dan semoga wabak ini dapat dibendung dengan cepat demi kesejahteraan manusia di seluruh dunia.

Untuk membaca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca