COVID-19: Kumulatif Kes Di Sabah Makin Meningkat

Berikutan kes pandemik yang semakin meningkat, kumulatif kes positif koronavirus di Sabah turut meningkat apabila kini mencecah telah 20,422 kes susulan kes baharu sebanyak 524 kes hari ini.

Kes kematian di Sabah juga mencatat jumlah kematian sebanyak 152 kes berikutan pertambahan dua lagi kematian hari ini di Tawau dan Sandakan.

Sumber: codeblue.galencentre

“Daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebahagian daripadanya adalah daripada jumlah hasil saringan kontak rapat di tiga daerah di negeri ini,” jelas Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Difahamkan daripada 524 kes, sebanyak 252 kes atau 48.09 peratus berpunca daripada saringan kontak rapat di Tawau, Kota Kinabalu dan Sandakan. Selebihnya iaitu sebanyak 272 kes adalah daripada lain-lain kategori.

“Tawau telah mencatat kes tertinggi hari ini iaitu sebanyak 140 kes, diikuti Kota Kinabalu, 135 kes, Sandakan 119 kes, Lahad Datu 37 kes dan Tuaran 30 kes. Keningau pula mencatat sebanyak 15 kes, selain Penampang dan Putatan masing-masing 11 kes, Papar 10 kes, Kota Belud tujuh kes, Semporna dan Kota Marudu tiga kes, Telupid dua kes dan Sipitang satu kes,” maklum Masidi.

Sumber: sabahpost

Beliau turut berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Semarak dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Balung di Tawau ditamatkan hari ini.

Penamatan dilakukan susulan penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati situasi kes COVID-19 di kedua-dua lokaliti ini telah mencatatkan penurunan kes dan terkawal.

“Atas nasihat KKM, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah bersetuju agar pelaksanaan PKPD di kedua-dua lokaliti ini ditamatkan hari ini seperti yang dijadualkan. Bagaimanapun, lokaliti ini masih tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seluruh Sabah yang sedang berkuat kuasa,” katanya lagi.

Untuk membaca artikel yang berkaitan, klik pada pautan di bawah:


Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca