COVID-19: Koronavirus Mungkin Tidak Akan Terhapus Sama Sekali – WHO

Wabak koronavirus ini mungkin tidak akan terhapus sama sekali, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Amaran yang agak membimbangkan itu dibuat ketika sudah banyak negara sudah mula melonggarkan sekatan bagi membuka semula ekonomi. Sehubungan itu, penduduk dunia perlu belajar untuk menerima kehidupan baharu dengan ancaman virus itu.

Kata Pengarah Kecemasan WHO iaitu Dr. Mike Ryan, adalah sukar untuk meramalkan bila pandemik ini akan berakhir.

Sebaliknya, beliau memberi contoh mudah bahawa penduduk dunia perlu menerima COVID-19 sama seperti kewujudan HIV.

Pertama kali koronavirus dikesan adalah di China akhir tahun lalu dan kini telah menjangkiti 4.2 juta orang di seluruh dunia, dengan hampir 300 ribu kes kematian.

WHO juga mengulangi amaran tiada jaminan tindakan melonggarkan sekatan tidak akan mencetuskan gelombang jangkitan yang baharu.

Pada masa yang sama, Dr. Ryan turut meluahkan kebimbangannya mengenai serangan ke atas sebuah hospital di Afghanistan.

“Kami sangat bimbang dengan serangan ini, bukan sahaja ke atas fasiliti penjagaan kesihatan yang berkaitan COVID-19, tetapi wujud keadaan tidak aman di sekitar fasiliti ini.

“Kami mahu mengingatkan serangan bersasar ke atas fasiliti kesihatan dan petugas sektor kesihatan kerana konflik atau perang merupakan tindakan tidak bertanggungjawab ke atas kesihatan yang tidak boleh anda bayangkan,” menurutnya.

Dalam perkara berkaitan, WHO turut menekankan usaha mengenal pasti sumber wabak COVID-19 adalah kritikal pada waktu ini.

Langkah itu boleh menentukan bagaimana virus berkenaan berkembang. Setakat ini, kajian mendapati virus itu berasal daripada haiwan dan kemudian menjangkiti manusia.

Menurut Pegawai Kanan WHO, virus itu bermutasi setiap kali berpindah daripada satu haiwan ke haiwan yang lain. Tindakan mengenal pasti sumber virus akan menyebabkan dunia dapat untuk mengelak pandemik dan penularan wabak ini daripada berlaku.

Wabak COVID-19 turut mencetuskan pertikaian diplomatik di antara China dan Amerika Syarikat (AS) sekali gus menyaksikan dua kuasa besar itu bertelagah dalam beberapa perkara.

Untuk baca artikel lain berkenaan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca