COVID-19: Kes Meningkat, Lebih 500 Buah Sekolah Di Korea Selatan Ini Ditutup Semula

Gara-gara peningkatan kes COVID-19 yang mendadak, Korea Selatan terpaksa mengubah semula keputusan mereka mengenai pembukaan sekolah-sekolah di negara itu. Pada Jumaat lalu, negara tersebut kembali menutup semula lebih 500 sekolah disebabkan peningkatan kes yang diterima.

Penutupan semula ini adalah sebagai usaha untuk menghentikan peningkatan semula kes COVID-19 di ibu kota, Seoul. Sebilangan sekolah yang ditutup semula pada pada hari Jumaat lalu baru sahaja dibuka beberapa hari kebelakangan ini.

Buat masa ini, para pelajar akan beralih ke pembelajaran jarak jauh di rumah masing-masing. Sebanyak 26 juta penduduk, kira-kira separuh daripada populasi Korea Selatan tinggal di kawasan metropolitan Seoul.

Sekolah menengah di wilayah Seoul hanya dapat memiliki dua pertiga daripada populasi pelajarnya pada satu masa sehingga 14 Jun. Tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, dan sekolah pendidikan khas hanya boleh menerima satu pertiga daripada pelajar mereka dalam satu masa.

Pada hari Khamis, sebanyak 838 sekolah di seluruh negara telah menangguhkan pembukaan sekolah-sekolah tersebut dan melanjutkan kelas dalam talian. Walaupun beberapa langkah keselamatan telah dilakukan di sekolah-sekolah, ia masih sukar untuk membendung penularan wabak itu.

Menurut Menteri Kesihatan Park Neung-hoo, acara yang dianjurkan kerajaan juga akan dibatalkan atau ditangguhkan dengan kadar serta-merta. Beliau turut meminta penduduk yang menetap di Seoul untuk tidak keluar dari rumah atau menganjurkan sebarang majlis untuk dua minggu akan datang.

Penularan kes COVID-19 adalah berpunca daripada kluster terbaharu di pusat logistik yang terletak di Bucheon. Hampir 100 kes mempunyai kaitan dengan kluster tersebut.

Dalam masa tiga hari sebelum hujung minggu lalu, sebanyak 177 kes baru dilaporkan. Ini menjadi lonjakan terbesar kes COVID-19 di negara itu dalam masa lebih dari 50 hari pada Khamis, ketika dilaporkan 79 orang lagi telah dijangkiti.

Pada awal hari Jumaat lalu, 11,402 kes telah dilaporkan di Korea Selatan. Terdapat 269 kematian dan 770 pesakit yang sedang menjalani kuarantin pada masa ini.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca