COVID-19: Kes Di Seluruh Dunia Melebihi 700,000

Hari demi hari wabak koronavirus (COVID-19) semakin membimbangkan di seluruh negara.

Berdasarkan data yang dikumpulkan oleh Johns Hopkins University, jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia melebihi 704,000 pada Ahad.

Virus yang boleh membawa maut itu kini merebak ke sekurang-kurangnya 177 negara dan wilayah di seluruh dunia dengan melebihi 33,500 nyawa menjadi korban. Sejumlah 148,824 pesakit telah pulih. 

Manakala di Itali, Sepanyol, China dan Iran terus menjadi negara paling banyak mencatatkan kematian.

Amerika Syarikat pula mencatatkan kes jangkitan tertinggi iaitu 132,637.

Itali merekodkan angka korban seramai 10,779 orang dengan 98,000 kes jangkitan manakala korban di Sepanyol seramai 6,606 dan lebih 78,700 kes disahkan.

China mencatatkan 3,300 kematian dengan lebih 82,100 kes.

Sementara itu, angka korban di Iran mencecah 2,640 dan jumlah kes melebihi 38,300. 

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan COVID-19, klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca