Orang ramai yang sempat pulang ke kampung halaman sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diminta untuk terus kekal di kampung atau di mana jua anda berada hingga PKP tamat dilaksanakan.
Menteri Kanan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan trend ketika ini menunjukkan peningkatan penduduk bandar pulang semula ke kediaman dan tempat kerja masing-masing setelah bercuti di kampung halaman sebelum ini.

Menurut Ismail Sabri, ketika ini ada peningkatan sebanyak 95 peratus pematuhan rakyat terhadap PKP, manakala kesesakan di kawasan bandar dilihat sudah berkurangan dari sebelum ini.
“Trend yang kita lihat hari ini ialah masyarakat kita yang pulang ke kampung telah mula menunjukkan mereka ingin pulang ke tempat kerja dan kediaman di bandar besar.
“Saya harap perkara ini tidak dilakukan. Seperti kita kata dan nasihatkan terus tinggal di kampung halaman masing-masing.
“Pihak polis sudah mengadakan sekatan di 23 tol untuk menyekat masyarakat yang mahu kembali ke tempat kerja masing-masing dan pemandu akan diminta kembali semula ke kampung,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Bangunan Perdana Putra hari ini.
Semoga seluruh rakyat Malaysia terus patuh pada arahan dan tidak mementingkan diri sendiri pada ketika ini. Harap orang ramai dapat membantu penguatkuasa dalam menjalankan tugas mereka untuk mengawal pergerakan semua.
Untuk baca artikel lain berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh klik pada pautan di bawah: