COVID-19: Keadaan Semakin Parah, Brazil Terpaksa Letakkan Mayat Sebelah Pesakit Di Hospital

Pada awal tahun ini, Presiden Brazil iaitu Jair Bolsonaro menyifatkan COVID-19 hanyalah selsema biasa dan sesuatu yang tidak perlu dipandang serius. Namun kini, Brazil telah muncul sebagai negara kedua terteruk di dunia selepas Amerika Syarikat dengan jumlah kematian sebanyak 55,054 kes.

Rakaman yang membimbangkan dari Rio Nurses Union menunjukkan keadaan hospital di kawasan itu dengan doktor kelihatan tidur di koridor. Selain itu, mayat yang ditutup dengan beg sampah diletakkan di wad yang sama menempatkan pesakit COVID-19.

Gambar lain turut menunjukkan tiga bekas besar diletakkan di luar hospital, masing-masing menyimpan 75 mayat. Wabak ini juga telah meragut nyawa 40 orang jururawat dan 30 orang doktor di negeri Rio sahaja. Seorang ketua jururawat mengatakan bahawa orang sakit di satu hospital hanya ‘dibiarkan mati’.

Secara keseluruhan, sebanyak 14 mayat mangsa COVID-19 disimpan di sebelah pesakit di hospital tersebut. Kejadian ini dipercayai dirakam di Hospital Kecemasan Joao Lucio di bandar Manaus di Amazonas, Brazil Utara.

Angka terkini menunjukkan bahawa 181 jururawat telah meninggal dunia di Brazil akibat virus ini. Buat masa ini, ia merupakan jumlah tertinggi di dunia. Seorang Hakim Persekutuan telah memerintahkan Presiden Brazil, Jair Bolsonaro untuk memakai pelitup muka di khalayak ramai setelah pemimpin kanan itu berulang-kali mengingkari arahan tersebut.

Tidak cukup dengan itu, Presiden itu juga telah mengkritik perintah penutupan (lockdown) dan penjarakan sosial yang dikeluarkan oleh gabenor dengan mengatakan ia memberi kerosakan ekonomi yang lebih teruk daripada penyakit ini.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca