Dengan peningkatan jumlah yang tinggi jangkitan koronavirus atau nama rasminya COVID-19 di seluruh dunia, sekumpulan penyelidik daripada beberapa universiti di China mendakwa virus tersebut asalnya bukan berpunca dari pasar haiwan eksotik di Wuhan.
Sebelum ini, virus COVID-19 disyaki berpunca dari sebuah pasar di Wuhan yang terkenal dengan penjualan haiwan eksotik antaranya seperti kelawar, ular dan tenggiling.
Namun begitu, setelah menjalani penyelidikan yang mendalam dengan menganalisi data genetik daripada 93 sampel virus yag diambil dari 12 negara yang terjejas, mereka mendapati virus tersebut asalnya datang dari lokasi yang lain sebelum tersebar di pasar tersebut.
Mereka juga mengambil kira tempoh waktu mangsa berjangkit untuk menguatkan lagi dapatan kajian mereka.

Menurut mereka, terdapat dua tarikh penting sewaktu virus itu mula tersebar iaitu pada 8 Disember 2019 dan 6 Januari 2020. Malah, mereka juga percaya jangkitan antara manusia ke manusia sudah pun bermula sejak penghujung November yang lalu.
Tegas mereka, sekiranya amaran tentang penularan wabak virus ini dilakukan dengan lebih awal sejak Januari yang lalu, ada kemungkinan ia mampu mengawal epidemik ini daripada terus menular ke serata dunia.
Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak, sila klik pada pautan di bawah: