COVID-19: Jumlah Korban Seluruh Dunia Sudah Mencecah 175,000 Kes

Jumlah kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini mencatatkan 175,000 kes setakat 5 pagi, Rabu.

Angka itu merekodkan pertambahan lebih 6,000 kematian dalam tempoh 24 jam.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Johns Hopkins University, sebanyak empat negara mempunyai kes maut yang melebihi 20,000.

Amerika Syarikat kekal menjadi negara yang mempunyai angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang mencecah 40,000 apabila mencatatkan 43,796 kes keseluruhan.

Negara itu telah merekodkan pertambahan 2,221 kematian dalam tempoh sehari.

Jumlah ini diikuti Itali yang mencatatkan pertambahan seramai 534 kematian dengan jumlah keseluruhan sudah melebihi 24,600 kes.

Sepanyol pula menjadi negara ketiga paling ramai kematian apabila merekodkan pertambahan 430 korban, sekali gus jumlah keseluruhan ialah 21,000 kes.

Sementara itu, Perancis juga telah melepasi 20,000 kes angka korban semalam dengan merekodkan pertambahan 531 kes kematian dan secara keseluruhan menjadi 20,700.

Di United Kingdom pula mencatatkan pertambahan 868 korban baharu dan secara keseluruhan 17,300.

Kebanyakan negara-negara Eropah yang terjejas teruk sejak sebulan lalu mula menunjukkan angka kematian yang semakin menurun dari hari ke hari. Ini merupakan satu perkembangan yang positif dan diharapkan penularan wabak global ini dapat dikekang dengan segera.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi perintah kerajaan untuk duduk di rumah dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca