COVID-19: Jerman Bakal Mengenakan Peraturan Baharu

Jerman meluluskan peraturan baharu bagi menangani kadar kenaikan kes jangkitan COVID-19 yang mendadak. Peraturan tersebut telah dibawa ke parlimen untuk diluluskan hari ini.

Perkara berkenaan telah diumumkan oleh Canselor Jerman iaitu Angela Merkel.

“Situasi pandemik di negara ini amat dramatik sekali, adalah penting untuk satu tindakan pantas diambil, secara konsisten supaya kaedah pengawal dapat dilakukan dengan sewajarnya.”

“Kita akan memantau sama ada kita boleh menghentikan atau sekurang-kurannya mengurangkan kadar penularan.”

“Dengan perkembangan terbaharu, kita memasuki era atau situasi yang sukar, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bekerja di hospital, khususnya di Unit Rawatan Rapi (ICU),” kata beliau.

Pada masa sama, beliau menganggap peraturan baharu itu adalah satu ketetapan yang sangat sukar untuk diambil. Dewan Rendah Jerman sebelum ini meluluskan peraturan itu dalam usaha kerajaan cuba mengurangkan bilangan jangkitan baharu COVID-19 di negara itu.

Walau bagaimanapun, peraturan ini perlu mendapat keluluskan di Dewan Tinggi atau Parlimen Jerman sebelum dikuatkuasakan secara seluruh.

Antara peraturan baharu itu termasuk mewajibkan petugas membuktikan mereka sudah lengkap divaksin atau disahkan negatif virus COVID-19 sebelum menggunakan pengangkutan awam untuk menuju ke tempat kerja.

Peraturan ini turut terpakai kepada semua pengguna yang menggunakan pengangkutan awam di Jerman.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca