COVID-19: Jangkitan Tempatan Pertama Di China Lepas Tiga Hari

China telah merekodkan kes jangkitan tempatan wabak Koronavirus baharu (COVID-19) pertama dalam tempoh tiga hari.

Walau bagaimanapun, kes jangkitan melibatkan pelancong dari luar negara terus mendominasi jumlah keseluruhan kes terbaharu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Kesihatan Nasional China, sebanyak 55 kes terbaharu telah direkodkan di republik itu pada Khamis. Namun, hanya satu kes import dilaporkan.

Kelmarin, terdapat 67 kes terbaharu dilaporkan di republik berkenaan.

Bagi satu kes jangkitan tempatan pula, ia dilaporkan berlaku di wilayah Zhejiang.

Jumlah keseluruhan jangkitan di seluruh republik China kini mencecah 81,340 manakala angka kematian pula meningkat secara mendadak daripada lima orang kepada 3,292.

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca