COVID-19: “Jangan Pulang Ke Kampung, Kekal Di Mana Anda Berada.” – Pakar

“Jangan pulang ke kampung, kekal di mana anda berada,” demikianlah pesan ahli Pasukan Petugas COVID-19 Selangor iaitu Prof Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman kepada seluruh rakyat Malaysia yang sedang berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok sehingga 31 Mac ini.

“Apa yang penting di sini adalah jangan pulang ke kampung atau mereka dari kampung pun jangan datang ke bandar,” tegas Dr. Adeeba.

“Kekal di mana anda berada. Kurangkan perjalanan,” kata beliau dalam program Consider This yang bersiaran di Astro Awani 501 malam tadi.

Dr. Adeeba memberi respons tersebut sewaktu ditanya tentang kemungkinan ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang mempertimbangkan untuk pulang ke kampung kerana kerisauan terhadap penularan wabak COVID-19.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu Perutusan Khas pada malam tadi mengumumkan bahawa kerajaan perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac ini di seluruh negara bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang kian membimbangkan.

Perintah Kawalan Pergerakan itu dibuat berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Ia meliputi enam perkara termasuklah penutupan sekolah, premis swasta dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Walau bagaimanapun, perkhidmatan penting serta pasar awam, pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka akan tetap dibuka seperti biasa.

Untuk baca artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca