COVID-19: Isteri Guna Aplikasi FaceTime Ucap Selamat Tinggal Sebelum Suami Meninggal Dunia

Seorang wanita positif COVID-19 menggunakan aplikasi FaceTime untuk mengucapkan selamat tinggal kepada suaminya yang telah meninggal dunia akibat wabak berkenaan.

Menurut sumber, Marini Smith dan anak perempuannya dari Michigan, Amerika Syarikat (AS) dilarang hadir ke hospital dan menghadiri pengebumian suaminya, Rayshone Smith kerana terpaksa dikuarantin.

Tiga minggu sebelum ini, Marini, bapanya serta saudara lelakinya didapati positif virus berkenaan. Setelah mengetahui keadaan tersebut, mereka langsung tidak keluar dari rumah.

Menurut Marini, semua ahli keluarganya mula menunjukkan gejala seperti selesema. Namun, Marini tidak menyangka bahawa gejala yang mereka alami itu adalah gejala wabak COVID-19.

Kali terakhir Marini Smith melihat suaminya adalah pada 16 Mac 2020 yang lalu, ketika suaminya itu dimasukkan ke hospital. Perbualan mereka kemudiannya dibantu oleh seorang jururawat menerusi aplikasi FaceTime dengan menggunakan telefon bimbit jururawat berkenaan.

Tujuh hari kemudian, Rayshone Smith meninggal dunia. Oleh kerana mereka tidak dibenarkan untuk menghadiri acara pengebumian, mereka terpaksa menonton pengebumian suaminya itu menerusi panggilan video.

Marini Smith dan anak perempuannya kini hanya mampu menunggu sehingga pandemik COVID-19 ini berakhir agar mereka dapat memberikan penghormatan terkahir kepada Rayshone

“Saya berjanji kepadanya (anak perempuannya) apabila semuanya selesai, kami akan pergi ke suatu tempat, kami akan menjerit dan menangis serta saling berpegangan tangan dan akan melawat ayahnya,” kata Marini Smith.

Untuk membaca artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca