COVID-19: Ini Tindakan Drastik Buat Rakyat Filipina Yang Langgar Perintah Berkurung

Filipina sememangnya dikenali dengan hukuman drastik yang dikenakan kepada penjenayah terutama sekali mereka yang terlibat dengan dadah.

Kali ini, pihak berkuasa di sana telah menggunakan pendekatan yang sama dalam memerangi COVID-19.

Menurut laporan Philstar, bagi mereka yang gagal mematuhi arahan perintah berkurung, pihak polis akan menangkap dan mengunci mereka di dalam sangkar anjing yang sempit kemudian dijemur di tengah panas.

Dalam satu kes di bandar Santa Cruz, lima orang termasuk dua kanak-kanak kecil telah dikunci di dalam sangkar oleh seorang pegawai tempatan.

Lebih menakutkan lagi, Ketua Polis Daerah Pentadbiran Frederick Abrocio, juga telah mengancam untuk menembak dan meninggalkan mayat yang terkunci dalam sangkar anjing buat mereka yang masih berdegil dengan melanggar perintah berkurung.

Pihak berkuasa tempatan di sebuah bandar di Manila, Paranaque telah dikritik hebat kerana telah menjemur mereka yang melanggar perintah di tengah-tengah gelanggang bola keranjang sewaktu matahari terik.

Dikatakan taktik ini sama dengan apa yang dilakukan di China dan India untuk memberi amaran dan pengajaran kepada penduduk mereka yang masih berdegil. Di China, mereka bertindak dengan mengikat rakyat mereka di tiang manakala di India pula rakyat yang degil akan dipukul atau dipaksa melakukan tekan tubi.

Justeru itu, Human Rights Watch telah menghantar surat bantahan rasmi kerana berasa tidak senang melihat hukuman tersebut dijalankan. Bantahan itu meminta agar para pegawai menghormati hak mereka yang ditangkap.

“Polis dan pejabat setempat harus menghormati hak mereka yang ditangkap kerana melanggar perintah berkurung.

Mana-mana perlakuan yang melanggar undang-undang harus segera disiasat,” kata Robert Robertson, wakil dari Human Rights Watch.

Untuk rekod, Presiden Rodrigo Duterte telah melakukan perintah berkurung pada 16 Mac yang lalu sebagai salah satu strategi untuk membendung wabak COVID-19.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca