COVID-19: Ini 10 Daerah Yang Masih Zon Merah

Zon merah COVID-19 di seluruh negara masih kekal 10 daerah sehingga Khamis dan Kuala Lumpur merekodkan jumlah kes tertinggi positif COVID-19.

Berdasarkan infografik Pusat Kesiapsiagaan Dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikongsikan di media sosial rasmi KKM, daerah berkenaan mencatatkan 155 kes.

Pada masa yang sama, di Kuala Lumpur sahaja, tiga zon merah membabitkan daerah Batu dengan 91 kes, Kampung Baru (67) dan Sri Petaling (45).

Selain itu, daerah Zon Merah dengan kes aktif lebih 40 pula ialah di Petaling, Selangor (48), Hulu Langat (45) dan Gombak (86) manakala di Johor, Kluang catat 58 kes serta di Sarawak ialah Kuching (97) dan Kota Samarahan (44).

Sementara itu, enam negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Kelantan dan Putrajaya menunjukkan perkembangan yang positif apabila kekal mencatatkan sifar kes aktif, setakat 12 tengah hari semalam.

Statistik ini termasuk 80 daerah yang diletakkan di bawah kategori zon kuning dan 111 daerah zon hijau.

Untuk baca atikel lain berkenaan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca