COVID-19: Inginkan Kelainan, Aishah Cipta Topeng Muka Guna Botol

Penyanyi lagu Janji Manismu, Aishah mencipta kelainan apabila menghasilkan topeng muka menggunakan botol plastik.

Aishah yang juga mahir dalam bidang kraftangan itu telah mencipta peluang untuk menghasilkan alat pelindung wajah sebagai langkah keselamatan.

“Saya takut apabila membaca berita mengenai COVID-19. Apabila presiden kelab peminat yang juga seorang doktor, Dr Nazlin menghasilkan alat pelindung wajah menggunakan plastik fail, ia memberikan idea kepada saya mencipta alat ini menggunakan botol plastik.

Melihat kesungguhan doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang berisiko tinggi dengan jangkitan wabak ini membuatkan saya terpanggil membantu. Saya berkongsi kaedah menghasilkan alat pelindung wajah buatan sendiri,” katanya.

Langkah demi langkah menghasilkan alat pelindung wajah dikongsikan pemilik nama lengkap, Wan Aishah Wan Ariffin ini dalam laman sosialnya, Facebook.

Tambahnya, dia juga ada membuat cecair pembasmi kuman. Sebelum menghasilkannya, Aishah akan membuat kaji selidik terlebih dulu. Buat masa ini, ia hanyalah untuk kegunaan sendiri sahaja dan tidak dijual mana-mana.

Untuk membaca lebih banyak artikel lain, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca