COVID-19: Indonesia Lebih Berisiko Positif, Dijangka Melebihi 600,000

Penularan wabak COVID-19 semakin membahayakan di Indonesia. Dijangka lebih 600,000 rakyat Indonesia berisiko positif dijangkiti virus COVID-19 ketika jumlah kematian di negara itu telah meningkat kepada 32 orang.

Pemerintah Indonesia iaitu Achmad Yurianto berkata, jumlah kes positif setakat hari ini telah mencecah 369 kes, dan boleh atau berkemungkinan meningkat drastik berdasarkan pengesanan kontak mereka yang positif dengan orang sekitar mereka sebelum ini yang disahkan positif.

Penduduk di Indonesia kini berjumlah lebih 270 juta orang manakala penduduk di kota Jakarta dan kota berhampirannya seperti Bekasi, Tangerang, Depok dan Bogor berjumlah lebih 30 juta orang.

Achmad Yurianto melaporkan jumlah kematian sudah mencecah 32 kes (tambahan tujuh kes), jumlah kes positif 369, tambahan 60 kes baharu,” katanya ketika dalam sidang media yang disiarkan menerusi Youtube Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB).

Jakarta mencatatkan 18 kes kematian, Jawa Barat (7), Jawa Tengah (3) dan masing-masing satu kes di Bali, Banten, Jawa Timur dan Sumatera Utara.

Tambahnya, populasi yang berisiko dijangkiti adalah 600,000 hingga 700,000 orang. Sudah ada alat kit ujian sebanyak satu juta, untuk kita jalankan pemeriksaan secara berskala besar.

Presiden Indonesia, Joko Widodo menerusi laman rasmi Presiden Indonesia berkata, pemerintah Indonesia akan melaksanakan ‘rapid test‘ di kawasan Jakarta Selatan.

Mereka telah menjalankan ujian itu bersama pengawai perubatan dengan melawat dari rumah ke rumah untuk mengambil sampel darah.

Ujian tersebut adalah sebagai usaha pemerintah untuk melakukan pengesanan awal sama ada seseorang itu dijangkiti tanda-tanda awal COVID-19 atau sebaliknya.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca