COVID-19: Indonesia Catat Angka Kematian Tertinggi Di Asia Tenggara

Wabak COVID-19 kini kian membimbangkan di seluruh negara. Di Indonesia, jumlah kematian yang disebabkan oleh wabak COVID-19 meningkat kepada 19 pada hari Rabu iaitu mencatatkan jumlah tertinggi di Asia Tenggara hingga saat ini.

Jumlah orang yang dijangkiti wabak tersebut telah mencapai 227 kes. Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Kawalan Dan Pencegahan Penyakit, Achmad Yurianto berkata, kebanyakan kematian telah direkod di Jakarta sebanyak 12 kematian, diikuti oleh Jawa Tengah dengan dua kematian.

Sementara itu, Banten, Bali, Jawa Barat, Jawa Timur dan Sumatera Utara masing-masing melaporkan satu kematian disebabkan penyakit itu.

Yurianto berkata angka kematian telah melonjak daripada lima orang yang dilaporkan pada hari sebelumnya kerana beberapa hospital telah gagal mengemukakan laporan kematian mereka daripada 12 Mac sehingga 17 Mac dan kerajaan hanya dapat memperolehi data terkini pada pagi Rabu.

“Jumlah pesakit COVID-19 yang meninggal dunia akibat penyakit itu pada 12 Mac 18 adalah 19 orang,” kata Yurianto kepada media pada Rabu petang.

Setakat ini, Indonesia telah mencatatkan jumlah angka kematian tertinggi di kalangan negara-negara Asia yang dilanda wabak COVID-19.

Sehingga hari ini, Malaysia telah mencatatkan jangkitan COVID-19 paling banyak di kalangan negara anggota ASEAN dengan 673 kes yang disahkan, tetapi hanya mencatatkan dua kematian. Filipina mencatatkan 14 kematian, dengan 187 kes jangkitan, manakala Thailand pula mencatatkan satu kematian dengan 177 kes coronavirus yang disahkan. Sementara itu, Singapura mencatatkan 266 kes jangkitan tetapi tiada kematian pada hari Selasa.

Yogyakarta, Sumatera Utara, Lampung, Riau dan Kalimantan Timur telah melaporkan satu kes COVID-19 baru dan ujian epidemiologi telah mengesahkan dua kes positif.

Yurianto memberitahu bahawa 11 orang telah pulih daripada penyakit itu dan hospital telah membenarkan mereka pulang ke rumah.

Beliau menggesa supaya orang ramai tidak panik mengenai keadaan itu sejak jumlah kes yang disahkan semakin melonjak kerana lebih ramai orang mengetahui tentang penyakit itu dan kerajaan juga aktif dalam melakukan pengesanan hubungan.

”Kami berharap segala-galanya akan dikawal dan kes baru yang disahkan setiap hari secara beransur-ansur akan menurun pada bulan April, “katanya.

Untuk membaca isu berkaitan COVID-19, klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca