COVID-19: Ikan Singgang Dikatakan Mampu Menjadi Penawar

Ikan singgang merupakan satu masakan tradisi negeri-negeri di Pantai Timur. Bahan-bahan yang terdapat di dalam masakan singgang dikatakan mampu menjadi penawar kepada virus Covid-19.

Menurut Pensyarah Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Azizah Mahmood, “Ikan singgang berpotensi untuk merawat penyakit Covid-19 kerana mengandungi pelbagai ramuan dan bahan yang mampu untuk menghapuskan mikrob.”

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas kenyataannya berhubung menu ikan singgang kononnya mampu merawat Covid-19 yang tular di media sosial dan menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet.

“UMT tidak pernah menjalankan apa-apa kajian berkaitan ikan singgang serta Covid-19 itu, dan tidak mengesahkan menu itu mujarab untuk merawat penyakit berkenaan.”

“Walau bagaimanapun, berdasarkan banyak kajian yang dijalankan ke atas bahan-bahan yang ada dalam menu tradisional itu, ia berkemungkinan berpotensi untuk merawat penyakit itu.”

Lengkuas & Kunyit

“Ia kerana tedapatnya lengkuas, kunyit, halia dan bawang putih dalam menu ikan singgang mampu memusnahkan mikrob dan ia diakui melalui kajian yang dijalankan oleh banyak pihak sebelum ini,” menurutnya lagi.

Halia & Bawang Putih

Katanya, pihaknya tidak dapat mengesahkan ikan singgang mujarab untuk Covid-19 sehingga kajian klinikal ke atas manusia dijalankan secara menyeluruh dan data dikumpul secara sistematik.

“Bukan senang sebenarnya untuk mengesahkan menu ikan singgang itu mujarab kerana hanya melalui kajian tertentu sahaja dapat mengesahkannya.”

“Oleh itu, saya berharap orang ramai jangan keliru dengan kenyataan saya itu kerana ujian klinikal tidak pernah dijalankan ke atas menu ikan singgang dan Covid-19.”

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah tentu menetapkan prosedur sewajarnya untuk memusnahkan virus berkenaan dan kajian tidak boleh dijalankan dengan sewenang-wenangnya,” ujar pensyarah dari UMT itu.

Katanya, ikan singgang diakui menu yang menyihatkan kerana tanpa santan dan minyak serta wajar dimakan untuk amalan kesihatan.

Jika ikan singgang disahkan mampu merawat Covid-19, pastinya ia satu perkara yang memberi perkhabaran yang baik untuk kita semua. Namun kajian secara klinikal dan mendalam perlu dilaksanakan berkenaan isu ini.

Untuk baca artikel lain berkenaan Covid-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca