COVID-19: Idris Elba Positif Wabak, Kini Jalani Kuarantin

Pelakon British yang pernah membintangi filem 28 Weeks Later, Idris Elba mengesahkan dirinya kini positif wabak Koronavirus baharu (COVID-19).

Menerusi laman sosial Twitter miliknya, Idris, 47, atau nama penuhnya, Idrissa Akuna Elba berkata dia tidak mengalami sebarang simptom penyakit itu tetapi sedang menjalani perintah kuarantin selepas dipercayai terdedah kepada virus berbahaya yang sudah menjangkiti ribuan masyarakat dunia terbabit.

Idris memuat naik rakaman terbabit ke laman Twitter miliknya yang turut memaparkan isterinya, Sabrina. Walau bagaimanapun, wanita berkenaan dikatakan tidak disahkan positif wabak COVID-19.

“Saya rasa okay. Saya tidak ada simptom tetapi perlu diasingkan selepas mendapati ada kemungkinan saya terdedah kepada virus berkenaan.”

“Untuk semua, duduk sahaja di rumah dan jadi pragmatik,” kata Idris.

Selain itu, pelakon yang pernah meminjamkan suaranya untuk filem animasi terkenal, Zootopia berkata, dia berjanji akan memaklumkan perkembangan kesihatannya dari semasa ke semasa.

“Usah panik,” tambah aktor itu lagi.

Sebelum ini, aktor Tom Hanks dan isterinya, Rita Wilson juga disahkan telah dijangkiti wabak COVID-19.

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca