COVID-19: Hospital Di New York Guna ‘Forklift’ Angkut Jasad Ke Dalam Trak

Sebuah rakaman menakutkan telah muncul di internet memaparkan situasi di hadapan Brooklyn Hospital, New York City di mana pihak hospital dilaporkan menggunakan forklift untuk mengangkut jasad mangsa wabak Koronavirus baharu (COVID-19) ke dalam sebuah trak berhawa dingin.

Setakat ini, wabak berbahaya itu sudah menjangkiti lebih 36,000 penduduk bandar itu dan meragut kira-kira 790 nyawa.

Situasi sama yang berlaku di Brooklyn Hospital itu turut terjadi di hospital lain di mana rumah mayat sementara telah dibina di perkarangan bangunan bagi menempatkan jasad mangsa.

Difahamkan, kali terakhir keadaan seperti itu berlaku di bandar berkenaan adalah ketika serangan berani mati yang terjadi pada tanggal 11 September 2001.

Menurut laporan, pandemik COVID-19 di New York dijangka akan memburuk dalam minggu-minggu yang mendatang.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Dr. Anthony Fauci yakni pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat memberi amaran kepada seluruh warga Amerika bahawa bandar-bandar lain di negara itu mungkin akan berdepan situasi sama seperti New York.

Dalam pada itu, seorang pekerja perubatan di New York turut memuat naik sekeping gambar yang memaparkan keadaan di dalam sebuah trak yang dipenuhi dengan beg berisi jasad mangsa COVID-19.

“Ia satu realiti buruk yang terpaksa kita hadapi dan sesetengah daripada kita sudah tiada lagi di dunia,” ujarnya.

Setakat semalam, Amerika Syarikat telah merekodkan angka kematian sebanyak 2,500 manakala kes jangkitan pula mencecah 142,000 orang.

Dalam satu kenyataannya, Presiden Amerika Syarikat yakni Donald Trump telah melanjutkan tempoh jarak hubungan sosial sehingga penghujung bulan April.

Trump yang sebelum ini dikecam hebat kerana mencadangkan pembukaan semula negara itu sempena sambutan Easter telah menarik balik ideanya itu.

Pada Ahad lalu, Trump berkata, sekiranya angka kematian akibat wabak COVID-19 kekal berada di bawah 200,000, beliau menganggap dirinya sudah melakukan satu kerja yang baik.

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca