[Video] Gara-Gara Pakai Kostum Dinosaur Ke Pasar Raya, Aksi Betty Rahmad Bikin Warganet Terhibur

Kebelakangan ini, pelbagai idea kreatif dilakukan oleh ramai pihak sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu. Terkini, seorang selebriti iaitu Betty Rahmad pula membuat sesuatu yang tidak dijangkakan oleh orang ramai.

Dalam beberapa hantaran yang dimuat naik ke Instagram miliknya, Betty dilihat memakai kostum dinosaur ke sebuah pasar raya. Adik bongsu kepada pelakon Umie Aida dan Erma Fatima ini turut meluahkan rasa gembira kerana berjaya menghiburkan orang ramai terutamanya pekerja di situ.

Susulan itu, Betty juga mempertikaikan barangan yang ingin dibeli sudah habis. Tambah Betty, dia terpaksa menyambung pembelian ke supermarket lain kerana kebanyakan barang keperluan sudah habis di pasar raya yang dikunjunginya itu.

Ramai warganet terhibur dengan gelagat Betty serta menyokong tindakan kreatifnya itu. Malah, ramai rakan artis turut memberikan ucapan selamat hari lahir buat dirinya menerusi komen di hantaran Instagram miliknya.

Untuk membaca lebih banyak artikel lain, klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca