COVID-19: Gagal Capai Kata Sepakat, Jair Bolsonaro Pecat Menteri Kesihatan Brazil

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro telah memecat Menteri Kesihatan, Luiz Henrique Mandetta berikutan berlaku pertikaian mengenai langkah pencegahan berhubung pandemik COVID-19.

Dikatakan kedua-duanya sejak beberapa minggu yang lalu, sering berbalah mengenai langkah isolasi yang perlu diambil negara itu.

“Saya baru dimaklumkan Presiden Jair Bolsonaro mengenai pemecatan saya dari Kementerian Kesihatan. Saya berterima kasih atas peluang yang diberikan,” kata Mandetta, semalam.

Ia bukanlah satu kejutan buat rakyat Brazil yang sering melihat kedua-dua pemimpin itu bertikam lidah.

Difahamkan mereka berdua tidak dapat capai kata sepakat apabila Mandetta bertegas dengan pendiriannya untuk mengenakan isolasi sosial yang lebih meluas.

Namun begitu, ia dibantah oleh Bolsonaro yang menyifatkan wabak itu menular dengan tidak seimbang dan langkah seperti itu tidak perlu kerana menjejaskan ekonomi.

Keputusan Presiden Brazil memecat Menteri Kesihatan pada waktu kritikal ini boleh mengakibatkan Brazil berdepan risiko kesihatan dan politik yang sangat besar.

Untuk rekod, Brazil kini mencatatkan 30,891 kes positif COVID-19 dengan 1,952 angka korban.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca