COVID-19: Filem Terbaharu James Bond Terpaksa Ditangguhkan

Berita buruk buat peminat James Bond. Tarikh tayangan filem terbaharu siri tersebut, No Time To Die terpaksa ditunda kepada bulan November 2020. Pertukaran ini dibuat ekoran kerisauan terhadap wabak COVID-19

Pengumuman pertukaran tarikh tayangan ini dibuat melalui Twitter rasmi James Bond, semalam.

No Time To Die pada awalnya akan ditayangkan pada 2 April 2020, manakala 10 April 2020 untuk pawagam Amerika Syarikat. Pihak penerbit terpaksa membuat tindakan ini bagi mengurangkan risiko apabila filem ditayangkan semasa krisis COVID-19.

No Time To Time akan ditayangkan pada 12 November 2020 untuk pawagam UK. Tarikh untuk tayangan seluruh dunia bakal diumumkan nanti.

Sumber: Total Film

No Time To Time adalah filem ke-25 dalam siri James Bond. Daniel Craig menggalas tanggungjawab sebagai James Bond buat kali terakhir. Beliau akan dibantu beberapa pelakon hebat lain seperti Lashana Lynch, Rami Malek dan ramai lagi.

Filem terbaharu James Bond ini menampilkan lagu tema utama dendangan penyanyi serba boleh, Billie Elish yang bertajuk No Time To Die. Beliau mendendangkan buat kali pertama ketika malam anugerah Brit 2020, London.

Sumber: Reuters

Kita nantikan No Time To Die ditayangkan di pawagam Malaysia. Daniel Craig bakal mempamerkan persembahan yang mengujakan untuk aksi terakhirnya sebagai James Bond. Jangan lepaskan peluang apabila filem ini diriliskan nanti.

Untuk membaca artikel lain berkaitan dengan COVID-19, sila klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca