COVID-19: Filem Escape Tidak Dapat Ditayangkan Bulan Ini

Ekoran kebimbangan terhadap COVID-19, filem bergenrekan thriller yang bertajuk Escape terpaksa ditunda tarikh tayangan. Kes wabak tersebut menunjukkan peningkatan di dalam Malaysia.

Pengarah Escape, Ikhwansha Hazer memberitahu bahawa pihak produksi terpaksa membuat tindakan ini. Tarikh tayangan akan diberitahu kelak. Filem ini menampilkan Kamal Adli sebagai teraju utama. Beliau turut dibantu pelakon hebat yang lain seperti Elizabeth Tan, Amar Asyraf dan ramai lagi.

Sumber; Facebook Escape

Menurut Ikhwansha Haze, terdapat keburukan jika Escape ditayangkan ketika krisis COVID-19 berlaku. Jumlah penonton ke pawagam berkurangan sebanyak 50% sepanjang tempoh penularan wabak ini berlaku. Oleh itu, pihak produksi tidak mahu mengambil risiko kerugian.

Pengarah tersebut turut berharap wabak ini kian beransur pulih. Banyak masalah yang timbul akibat krisis COVID-19. Semoga pihak produksi bersabar menantikan detik terbaik untuk menayangkan Escape.

Filem ini pada asalnya akan ditayangkan pada 26 Mac 2020. Escape mengisahkan seorang lelaki yang mengalami amnesia terkurung dalam bilik misteri. Dia harus membongkarkan identitinya demi menyelamatkan negara.

Untuk membaca artikel lain berkaitan dengan COVID-19, sila klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca