Seorang pemuda berusia 26 tahun yang sedang menuntut pengajiannya di Korea Selatan telah dikenal pasti sebagai kes 136 jangkitan COVID-19 di Malaysia boleh didakwa kerana tidak mengambil langkah berjaga-jaga dengan kuarantin diri sendiri walaupun sudah menunjukkan simptom demam.
Pemuda itu yang juga bekerja sendiri sebagai agen perjalanan pulang ke Malaysia pada 22 Februari dikatakan telah pergi ke program Ijtima’ Tabligh pada 27 Februari. Sejurus beberapa hari selepas pulang dari program itu, dia menunjukkan simptom demam pada 3 Mac, kembali ke luar negara pada 4 Mac sebelum pulang ke Malaysia.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganggarkan 16,500 orang telah hadir ke program itu di Masjid Sri Petaling bermula tarikh 27 Februari hingga 1 Mac.
Pemuda tersebut kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan. Mangsa yang dijangkiti virus COVID-19 semasa program itu yang berhubung terus dengan kes 136 boleh dikenakan tindakan saman sivil kerana telah mendedahkan mereka terhadap jangkitan wabak.
Pemuda kes 136 itu telah memenuhi ciri-ciri yang terkandung di dalam Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Bagaimanapun, jika masih ada peserta perhimpuan Ijtima’ Tabligh yang masih belum membuat pemeriksaan, anda seharusnya datang ke klinik kesihatan yang berdekatan untuk membuat ujian saringan COVID-19.
Sikap ambil mudah anda untuk menjalani pemeriksaan ini akan membahayakan nyawa anda dan juga nyawa orang-orang di sekeliling anda. Bertindak sebelum terlambat.
Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan COVID-19, klik pada pautan di bawah: