COVID-19: Elak Perhimpunan Ramai Selama 6 Bulan Hingga 1 Tahun Selepas PKP Tamat

Khuatir wabak COVID-19 boleh menular lagi, perhimpunan ramai seperti bazar Ramadan perlu dielak walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah tamat, kata Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, perkara ini kerana walaupun tempoh PKP sudah berakhir, kebiasaan dan amalan kehidupan rakyat Malaysia perlu diubah. Perhimpunan ramai tidak digalakkan dalam tempoh enam bulan hingga setahun.

“Walaupun selepas PKP dalam tempoh dua minggu lagi, tetapi amalan kita berubah, ia bukan norma lagi.

“Contohnya tidak bersalam, membasuh tangan dan ada penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter, contohnya enam bulan hingga setahun kita akan lihat dan tidak galakkan langsung perhimpunan ramai,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19.

Oleh sebab itu, Dr. Noor Hisham berkata, perlu ada idea kreatif dan inovatif seperti makanan bazar Ramadan yang boleh dihantar ke rumah.

Dr. Hisham berkata, pelaksanaan E-Bazar Ramadan pada waktu itu merupakan idea yang terbaik kerana melihat kepada peningkatan 70 peratus perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah pada PKP fasa pertama yang lalu.

Katanya lagi, Kementerian Kesihatan akan melihat bagaimana ia boleh dilaksanakan mengikut prosedur ditetapkan oleh kementerian itu.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi selagi PKP masih dilaksanakan.

Setakat ini, hanya Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang membuat keputusan untuk membatalkan bazar Ramadan di negeri berkenaan.

Untuk baca artikel lain berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca