COVID-19: Elak Dekati Haiwan Peliharaan

Hari ini, telah dilaporkan bahawa seekor harimau Malaya di Zoo Bronx, New York telah disahkan positif COVID-19 selepas mengalami batuk dan kurang selera makan.

Harimau yang dinamakan sebagai Nadia itu berkemungkinan menjadi kes haiwan pertama yang jatuh sakit susulan dijangkiti coronavirus daripada manusia.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mendekati haiwan peliharaan masing-masing kerana bimbang haiwan terbabit dijangkiti wabak COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata sekiranya haiwan itu dijangkiti COVID-19, ianya juga boleh menjangkiti manusia.

Orang ramai perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan kekal menjaga kebersihan diri.

Menurutnya, terdapat tujuh jenis coronavirus yang boleh menjangkiti haiwan dan manusia antaranya, Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS), Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) dan yang terbaharu ialah COVID-19.

“Pemilik haiwan berkenaan perlu membawa haiwan peliharaan masing-masing untuk diperiksa di klinik haiwan bagi mengetahui sama ada ia dijangkiti COVID-19 atau sebaliknya,” jelasnya.

Sebelum ini, beberapa anjing peliharaan di Hong Kong serta seekor kucing di Belgium dilaporkan dijangkiti COVID-19 daripada pemilik mereka, namun tidak mengalami simptom yang signifikan.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca