COVID-19: Dr. Adham Baba Nafi Perintah ‘Lockdown’

Kementerian Kesihatan menafikan mesej yang tular di laman sosial mengenai perintah sekatan pergerakan masuk dan keluar ‘lockdown’ dan menegaskan ia adalah tidak benar.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba, dalam sebuah hantaran menerusi akaun Facebook rasminya berkata penyebaran infografik mengenai ‘lockdown’ di negara ini pada hari ini (Isnin) adalah palsu.

Menurut beliau lagi, tiada sebarang perintah ‘lockdown’ buat masa ini. Dr. Adham Baba juga meminta agar penyebaran khabar palsu seperti ini dihentikan.

Sejak petang semalam tular satu infografik yang dikongsi warganet melalui Facebook dan Whatsapp dengan tanda pagar #Malaysialockdown.

Infografik yang bertulis COVID-19 Hour itu mengandungi beberapa larangan iaitu jangan keluar dari rumah, jangan keluar ke tempat awam seperti pasar raya dan restoran serta sembahyang dan berdoa.

Infografik itu juga meminta agar seluruh rakyat Malaysia berada di kediaman masing-masing.

Bagaimanapun, dalam hantaran yang sama, Dr. Adham menggesa agar rakyat Malaysia mematuhi nasihat kesihatan dan penjarakkan sosial satu meter yang diberikan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kesihatan.

Sebanyak 190 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 setakat 12 tengah hari semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 428 kes.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca