COVID-19: Disneyland Shanghai Telah Dibuka Semula

Taman tema terkenal iaitu Disneyland Shanghai telah dibuka semula bermula Isnin setelah hampir tiga bulan terpaksa ditutup berikutan penularan COVID-19.

Perintah penjarakan sosial serta kerja-kerja pembersihan akan dilaksanakan di taman tema itu bagi mengelak berlakunya penularan wabak.

Jumlah pengunjung yang dibenarkan memasuki taman tema itu telah dihadkan pada kadar 30 peratus daripada kapasiti pengunjung yang biasa diterima. Ia selaras dengan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.

Perkara ini menjadi langkah signifikan buat syarikat gergasi iaitu Walt Disney Co yang sangat terkesan apabila terpaksa menutup semua taman tema Disneyland di Asia, Amerika Syarikat dan Perancis.

Apabila jualan tiket dilancarkan sahaja pada Jumaat, tiket kemasukan buat hari pertama pembukaan Disneyland berjaya habis dijual dalam tempoh yang singkat.

Minggu lalu, eksekutif Disney telah menganggarkan kerugian sebanyak AS$1.4 bilion (kira-kira RM6.1 bilion) terpaksa ditanggung akibat penutupan premis mereka di serata dunia.

Untuk baca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca