COVID-19: Denda RM30,000 Jika Ingkar Jarak Hubungan Sosial Di Singapura

Rakyat Singapura boleh berdepan denda maksimum SG$10,000 (RM30,000) dan hukuman penjara sehingga enam bulan sekiranya mereka sengaja berdiri hampir dengan individu lain sekali gus melanggar arahan jarak hubungan sosial.

Peraturan lebih tegas itu diumumkan semalam di republik berkenaan sebagai salah satu inisiatif bagi membendung penularan wabak Koronavirus baharu (COVID-19).

Setakat semalam, sebanyak 732 kes jangkitan wabak COVID-19 dilaporkan di Singapura. Manakala kes kematian baharu pula adalah sebanyak dua orang.

Menerusi peraturan baharu itu, mana-mana individu dilarang berdiri terllau hampir kurang satu meter dengan orang lain ketika beratur atau duduk di tempat awam.

Pemilik premis perniagaan juga perlu mengambil langkah untuk melaksanakan jarak hubungan sosial terbabit atau mereka juga akan berdepan hukuman sama.

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca