COVID-19: Dalam Masa 24 Jam, Amerika Syarikat Rekod Angka Korban Tertinggi

Sedang satu dunia dilanda dengan masalah pandemik COVID-19, Amerika Syarikat kini berada di tangga teratas dengan merekodkan angka positif yang paling tinggi dengan jumlah kumulatif sebanyak 244,877 kes.

Semalam, Amerika Syarikat telah mencatat jumlah 1,169 angka korban yang merupakan angka paling tertinggi dalam tempoh 24 jam.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Universiti John Hopkins, ia merupakan angka yang paling tertinggi berbanding mana-mana rekod negara sejak pandemik COVID-19 ini bermula.

Universiti tersebut telah merekod di antara jam 8.30 malam pada hari Rabu hingga Khamis.

Sebelum ini, Itali merekod angka korban yang tertinggi dengan 969 jumlah mangsa maut pada 27 Mac.

Sejak berlakunya pandemik di Amerika Syarikat, negara ini telah merekod sebanyak 5,911 angka korban dan berada di kedudukan ketiga selepas Itali sebanyak 13,915 dan Sepanyol 10,348 mangsa maut.

Malah, China yang merupakan negara pertama diserang wabak tersebut berada di tempat keempat dengan jumlah 3,318 mangsa maut.

Untuk rekod, jumlah kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi angka 1 juta.

Rakyat dinasihati untuk sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan diri bagi mengelak daripada berjangkit. Selain itu, pastikan anda mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan untuk membantu petugas barisan hadapan membendung COVID-19.

Untuk membaca artikel lain berkenaan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca