Mungkin kedengaran agak kesat namun, perkataan covidiot kini wujud di dalam kamus urban bagi mendefinisikan individu yang mengabaikan peringatan kesihatan dan keselamatan yang dikeluarkan kerajaan susulan penularan wabak Koronavirus baharu (COVID-19).

Selain itu, perkataan terbabit turut merujuk kepada mereka yang membeli barangan keperluan dalam kuantiti yang banyak tanpa menghiraukan orang lain.
Kamus dalam talian itu juga memberikan dua contoh menerusi ayat tanya dan penyata dalam bentuk sarkastik bagi menggambarkan individu yang digelar covidiot.
Berikut merupakan contoh ayat tanya yang diberikan.
“Adakah anda nampak covidiot yang memuatkan 300 tisu tandas di dalam bakul itu?”
Ini pula contoh ayat penyata yang diberikan kamus berkenaan.
“Covidiot itu memeluk semua orang yang ditemuinya.”

Berdasarkan kamus dalam talian itu, definisi covidiot berkenaan mendapat undian tertinggi pengguna laman web yakni sebanyak 2,194 tanda suka.
Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, sila klik pada pautan di bawah: