COVID-19: China Tolak Desakan Untuk Siasat Punca Wabak

China membantah segala bentuk cadangan untuk melancarkan siasatan antarabangsa berhubung punca koronavirus SARS CoV-2.

Beijing tetap bertegas tidak akan tunduk kepada desakan hanya semata-mata anggapan rasa bersalah.

China sudah berulang kali menolak dakwaan yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat (AS) bahawa koronavirus itu berasal dari sebuah makmal di Wuhan.

“Kami membantah desakan ahli politik di Amerika Syarikat yang mahu siasatan dilancarkan hanya atas tanggapan China bersalah demi kepentingan politik mereka.

“Kami membantah epidemik ini digunakan untuk manipulasi politik kerana amalan ini bercanggah dengan kajian saintifik dan akan menggangu kerjasama anti-epidemik global.”

Kenyataan China itu dibuat kerana AS kekal dengan pendirian bahawa COVID-19 berasal dari makmal di China.

“Kita tidak pasti sama ada ia berasal daripada makmal atau tempat lain.

“Hanya satu cara mudah boleh mencari jawapan ini iaitu ketelusan dan keterbukaan terhadap perkara-perkara yang dilakukan apabila kita mahu menjadi penyelesai pandemik global, apabila mereka mahu menjadi sebahagian daripada perkara yang menjamin keselamatan manusia dan memastikan ekonomi kembali beroperasi.

Presiden AS iaitu Donald Trump dan Setiausaha Negara, Mike Pompeo tetap mengulangi dakwaan bahawa koronavirus yang kini melanda seluruh dunia ini berasal dari sebuah makmal virus di Wuhan, China.

Walau bagaimanapun, dakwaan itu tidak disertakan sebarang bukti.

Untuk baca artikel lain berkenaan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca