COVID-19: “Bukan Yang Tua Sahaja,” Doktor Di Itali Dedah Pesakit Termuda ICU Berusia 20 Tahun

Seorang doktor warga Itali mendedahkan bahawa separuh daripada pesakit wabak Koronavirus baharu (COVID-19) yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) adalah mereka yang berusia bawah 65 tahun.

Lebih menggemparkan lagi adalah pesakit termuda yang berada di situ adalah golongan berusia 20 tahun.

Dr. Antonio Pesenti yakni pengarah ICU Lombardy berkata, kebanyakan pesakit muda di wad berkenaan berada dalam keadaan tenat.

“Seperti pesakit yang lebih berusia, mereka yang muda juga tidak berada dalam keadaan yang baik,” kata doktor berkenaan.

Kenyataan itu dikeluarkan sejurus selepas satu rakaman video tular yang memaparkan keadaan di sebuah hospital di Itali di mana pesakit positif COVID-19 dilihat memakai plastik seakan belon di kepala mereka bagi membantu proses pernafasan.

Difahamkan, rakaman video terbabit diambil di sebuah wad kecemasan di Bergamo hospital, Lombardy.

Di dalam klip terbabit juga, pasukan perubatan yang lengkap berpakaian sut perlindungan sedang membantu seorang pesakit yang sesak nafas.

Menurut laporan lanjut, doktor di kawasan Lombardy kini mengelar pandemik yang berlaku sebagai The Apocalypse apabila negara berkenaan merekodkan 427 kematian baharu hanya dalam masa 24 jam.

Dalam pada itu, seorang doktor bernama Lorenzo Grazioli yang pernah bekerja dengan National Health Service (NHS) di Leicester selama satu tahun menggesa kerajaan Britain untuk mengikut jejak langkah China dan Itali dengan menutup segala premis yang ada.

“Itu adalah satu-satunya cara untuk melawan virus tersebut,” katanya.

Sementara itu, di Britain, terdapat 4,145 kes jangkitan wabak COVID-19 telah dilaporkan dan 178 nyawa disahkan terkorban dek virus sama.

Perdana Menteri Britain Boris Johnson kini menggesa orang ramai terutama sekali golongan muda untuk duduk di rumah dan tidak keluar mengunjungi pub.

“Saya tahu permintaan ini kedengaran terlalu besar namun ia amat penting dan perlu dilakukan untuk menyelamatkan ribuan nyawa,” katanya.

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca