COVID-19: Boleh Tersebar Melalui Pernafasan, WHO Galakkan Orang Ramai Pakai Topeng Muka Di Tempat Awam

Penubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan kenyataan yang menyarankan agar orang ramai memakai topeng muka sewaktu berada di tempat awam.

WHO menambah bahawa topeng muka khas harus diberikan kepada kumpulan barisan hadapan, manakala orang awam boleh menggunakan topeng yang dibuat sendiri menggunakan kain.

Perubahan ini berlaku selepas kajian terbaharu menunjukkan bahawa koronavirus (COVID-19) mampu untuk merebak melalui udara dengan pernafasan atau bercakap.

“Kami melihat situasi di mana penggunaan topeng muka, topeng buatan sendiri dan topeng muka jenis kain oleh masyarakat dapat membantu dengan tindak balas menyeluruh terhadap penyakit ini,” kata Dr Michael Ryan, Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO.

“Topeng muka jenis N95 adalah untuk pegawai perubatan dan kami harus mengutamakan penggunaannya untuk barisan hadapan,” kata Ryan.

Di samping itu, WHO turut menggalakkan orang ramai untuk mencuci tangan, penjarakan sosial dan melakukan ujian COVID-19 dengan lebih banyak bagi mengenal pasti dan mengkuarantin mereka yang dijangkiti.

Kenyataan WHO sebelum ini sedikit sebanyak adalah kerana kebimbangan terhadap penggunaan topeng muka yang boleh membawa kepada permintaan tinggi dalam kalangan orang awam.

Perkara ini pastinya akan menjejaskan golongan yang lebih memerlukan seperti petugas perubatan dan frontliners sekiranya tiada bekalan yang mencukupi.

Untuk baca artikel lain berkaitan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca