COVID-19 Boleh Kembali Aktif Dalam Pesakit Yang Sudah Pulih

Hari demi hari, kita membaca berita tentang pandemik COVID-19 ini yang terus merebak di serata dunia. Antara berita yang paling ditunggu oleh semua sudah tentulah tentang jumlah pesakit yang sudah pulih.

Namun begitu, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (CDC) virus COVID-19 boleh kembali aktif semula pada pesakit yang sudah sembuh.

Menurut Ketua Pengarah CDC, Jeong Eun-Kyeong, kira-kira 51 pesakit dikategorikan sembuh di Korea Selatan telah kembali positif. Ia sama ada dijangkiti atau berkemungkinan virus itu kembali aktif selepas habis tempoh kuarantin.

Menurut beliau, banyak kes menunjukkan pesakit yang diuji negatif kembali menjadi positif pada keesokan harinya.

Pesakit hanya akan ditentukan pulih sepenuhnya selepas diuji dua kali dan keputusan yang diterima adalah negatif dalam tempoh 24 jam.

CDC juga memaklumkan mereka akan menjalankan siasatan epidemiologi terhadap kes-kes terbabit.

Untuk rekod, Korea Selatan antara negara yang terawal berdepan dengan COVID-19, namun begitu negara itu hanya mencatat 200 mangsa korban.

Ujian yang mahal dan pendekatan berteraskan teknologi telah dilakukan oleh negara itu untuk mengesan jangkitan.

Hal ini membuatkan Korea Selatan merupakan negara yang berjaya membendung wabak tanpa sebarang perintah berkurung dan penutupan perniagaan.

Dalam pada masa yang sama, di China turut menghadapi kerisauan tentang masalah pesakit sembuh yang dijangkiti semula selepas terdapat laporan ujian yang mengesahkannya.

Lebih merunsingkan lagi, punca kepada perkara itu berlaku masih tidak dijumpai dan ada kemungkinan ia hasil daripada ujian yang tidak konsisten.

Sehingga Rabu lalu, Korea Selatan melaporkan sebanyak 10,384 kes positif COVID-19 dengan 6,776 pesakit yang sudah pulih.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca