COVID-19: Bintang Hollywood Terkenal Tom Hanks Disahkan Positif

World Health Organization (WHO) telah mengisytiharkan Koronavirus ataupun nama rasminya COVID-19 sebagai pandemik. Hal ini kerana peningkatan jumlah mangsa yang berjangkit di seluruh dunia.

Pelakon terkenal Hollywood Tom Hank tidak terlepas daripada virus yang kian hari merebak ini apabila beliau telah mengeluarkan satu kenyataan melalui ciapan di laman akaun Twitter miliknya.

Turut berjangkit ialah isteri beliau iaitu Rita Wilson dan dimaklumkan mereka kini sedang berada di Australia setelah mengalami simptom seperti selsema, badan letih dan demam. Mereka dinasihatkan oleh pakar kesihatan untuk seluruh keluarganya membuat pemeriksaan dan mengasingkan diri bagi mengelakkan jangkitan itu tersebar.

Susulan berita ini, rata-rata peminat Tom Hanks meluahkan perasaan sedih dan risau mereka kepada beliau dan mendoakan beliau dan isteri agar cepat sembuh.

Diharapkan Tom Hanks dan sekeluarga dapat pulih sepenuhnya daripada penyakit ini dan mendapat rawatan yang sepatutnya.

Untuk membaca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca