COVID-19: Bimbang Wabak Menular, Pelajar Malaysia Dihalau Keluar Rumah

Seorang pelajar berstatus warganegara Malaysia menerima kejutan besar apabila dia diusir dari rumah sewanya usai pulang daripada bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina tempoh hari berikutan bimbang dengan kes penularan Koronavirus (COVID-19).

Kejadian itu hanya disedari oleh mangsa yang dikenali sebagai Helen (bukan nama sebenar) selepas dia mendarat di Perth, Australia pada 4 Februari lalu dan mendapati kunci rumahnya sudah ditukar.

Menerusi satu temu bual, Helen mendedahkan tuan rumahnya ada menampal nota pada pintu kediaman sewanya yang memaklumkan pelajar itu diusir kerana pemilik berkenaan bimbang Helen dijangkiti COVID-19.

Menurut nota berkenaan, Helen tidak lagi dialu-alukan di rumah itu selepas wanita berkenaan gagal memaklumkan kepada tuan rumah dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai isu kecemasan global Koronavirus.

Jelas tuan rumah lagi menerusi nota berkenaan, dia sudah cuba untuk menghubungi Helen namun, panggilannya tidak terjawab.

“Saya rasa sangat sedih dan keliru kerana tidak dapat berbuat apa-apa. Saya cuba mencari pemilik rumah tetapi dia tidak dapat dihubungi, malah polis juga tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu saya,” jelas Helen yang nyata terkesan dengan insiden itu.

Tambah menyedihkan apabila Helen memberitahu bahawa barangan peribadinya masih berada di dalam kediaman itu namun tidak boleh diambil susulan kuncinya sudah ditukar oleh tuan rumah.

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak Koronavirus (COVID-19), sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca