COVID-19: Bimbang Kesan Wabak Terhadap Ekonomi, Menteri Kewangan Hesse Ambil Nyawa Sendiri

Menteri Kewangan Hesse, yakni sebuah negeri di Jerman bertindak mengambil nyawanya sendirinya selepas dipercayai terlalu bimbang dengan kejatuhan ekonomi susularan penularan wabak Koronavirus baharu (COVID-19).

Thomas Schaefer, 54, ditemui telah meninggal dunia di sebuah landasan kereta api pada Sabtu lalu.

Menurut pihak pendakwaraya Wiesbaden, hasil soal siasat dengan beberapa orang saksi dan keadaan di lokasi kejadian, konklusi telah dibuat bahawa Schaefer telah mengambil nyawanya sendiri.

“Kami sangat terkejut dan berduka. Sukar untuk mempercayai bahawa beliau (Schaefer) sudah meninggalkan kita,” ujar Perdana Menteri Negeri Volker Bouffier.

Ujar Bouffier lagi, Schaefer yang sudah berkhidmat selama 10 tahun sebagai Menteri Kewangan Hesse bekerja siang dan malam tanpa rehat bagi membantu syarikat-syarikat dan para pekerja untuk menghadapi impak ekonomi susulan pandemik COVID-19.

“Kami merasakan tindakannya mengambil nyawanya sendiri adalah kerana beliau terlalu risau. Pada waktu getir inilah saat di mana kami sangat memerlukannya namun, ia sudah terlambat,” katanya lagi yang jelas terkesan dengan pemergian menteri kewangan itu.

Difahamkan, Schaefer merupakan seorang menteri yang popular dan disegani ramai. Masyarakat setempat sudah lama menganggapnya sebagai calon yang sesuai untuk menggantikan Bouffier.

Menteri Kewangan Hesse itu pergi meninggalkan seorang balu dan dua orang anak.

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca