COVID-19: Beri Sumbangan Kepada ‘Frontliner’, Usaha Ustaz Ebit Lew Dipuji Warganet

Demi untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa rakyat Malaysia, petugas kesihatan berkhidmat dan bekerja keras untuk menangani penularan wabak COVID-19. Mereka tidak tidur, tidak pulang ke rumah dan ada kalanya tiada masa untuk makan.

Bagi menghargai penat lelah mereka, baru-baru ini Ustaz Ebit Lew terus menghulurkan bantuan kemudahan yang diperlukan kepada hospital-hospital yang menempatkan pesakit COVID-19.

Antaranya ialah penghawa dingin mudah alih, topeng muka, baju plastik, ‘portable shower’ dan kelengkapan lain.

View this post on Instagram

Aduh sedihnya berlari semua dr dan nurse tadi jumpa saya di 5 klinik. Sedih rasa Tanya mereka"ustaz kami penat sangat ustaz. Dah letih,takut, nak makan balik rumah pun risau tolong beri nasihat kata semangat dan doa untuk kami" Sebak dengar keluhan mereka. Saya nak keluar rumah pun takut walau nak pergi hantar aircond atau makanan pada mereka. Pesan saya dengan rasa sayang pada mereka "akak adik semua pejuang berjihad barisan hadapan sekali. Besar nilai seorang berjihad dijalannya. Tiada siapa boleh kira pahala dan kebaikan kakak semua ketika ini. Betapa sayangnya Allah dengan pengorbanan semua. Setiap peluh letih pening lapar semuanya hanya Allah yang balas. Terima kaseh dari saya. Saya doakan semua sihat dan sentiasa kuat" Risau dan kasihan pada petugas front line di mana-mana. Mereka berpanas sepanjang hari dalam khemah. Dan ada alatan belum ada. Bila sampai tadi semua berlari excited. Minta nasihat dan doa. Syukur terima kaseh pada 5 Klinik Kesihatan di Gombak setia, ulu klang, bt 8, Kuang, Desa Pandan bersama Team BMWMCM . Samudra Teres. Terima kaseh Dr semua, en azman dan sahabat yang lain. Syukur dapat bekalkan aircond portable, mask, dan baju plastik. Banyak hospital dan klinik kesihatan terlalu berpanas. Bayangkan sebulan begini. Ya Allah. Paling utama tiada face shield untuk lindungi wajah mereka. Doakan ada bahan untuk buat sendiri atau tempah dimana-mana. Face shield penting untuk frontline seperti mereka. Doakan yer. Ya Allah mudahkanlah. Jagakanlah mereka semua ya Allah. Selamatkan kami semua-ebitlew Siapa ingin infak CIMB 8603546376 Pertubuhan Kasih Umat Malaysia

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Rata-rata warganet memuji tindakan murni Ustaz Ebit Lew dan berterima kasih kepadanya atas sumbangan yang diberikan. Mereka mendoakan agar segala urusan pendakwah itu dipermudahkan dan semoga dimurahkan rezeki yang lebih lagi.

Semoga para petugas barisan hadapan terus bersemangat dan cekal untuk menyelamatkan nyawa semua pesakit. Terima kasih kepada Ustaz Ebit yang menghargai segala pengorbanan petugas kesihatan.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan COVID-19, klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca