COVID-19: Bayi Kurang Setahun Di Amerika Syarikat Jadi Korban Termuda

Seorang bayi di Amerika Syarikat (AS) menjadi pesakit termuda yang terkorban akibat wabak Koronavirus baharu (COVID-19) dan ia adalah kejadian yang sangat jarang berlaku.

Menerusi satu sidang media, Gabenor JB Pritzker berkata, punca kematian bayi itu berkait rapat dengan wabak berbahaya terbabit dalam tempoh 24 jam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Awam Negeri Ngozi Ezike mengesahkan, bayi berkenaan yang berasal dari Chicago berusia kurang setahun ketika dia disahkan menghidap COVID-19.

“Sebelum ini, tiada kes kematian akibat COVID-19 yang melibatkan bayi. Siasatan sedang dilakukan bagi mengesan punca kematian,” katanya.

Terdahulu, Pegawai Kesihatan Perancis Jerome Salomon mengesahkan bahawa seorang gadis berusia 16 tahun dari lle-de-France maut akibat wabak sama.

Nasib malang itu kemudiannya menimpa seorang lagi remaja di California pada minggu lalu selepas disahkan positif COVID-19.

Sehinga kini, Amerika Syarikat merekodkan kes jangkitan tertinggi yakni lebih daripada 120,000 mangsa dengan angka kematian menjangkau 2,000.

Untuk membaca artikel lain berkaitan wabak COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca